Monday, August 4, 2008

Visi SMK Sama Gagah

Visi SMK Sama Gagah adalah untuk menjadi sebagai sebuah sekolah yang melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek iaitu sahsiah, kurikulum dan kokurikulum sepanjang masa. Perkataan “Cemerlang” menjadi matlamat utama seluruh warga sekolah pada saat ini. Sekolah Cemerlang yang di hasratkan ini akan di capai pada 2010, masih ada 2 tahun lagi menjelang 2010. Visi sekolah ini jelas dipamerkan di laluan utama kemasukan guru dan pelajar ke sekolah. Visi yang lengkap adalah seperti berikut :


SMK Sama Gagah Sedia Maju Ke Hadapan Sebagai Sekolah Yang Cemerlang Serta Di yakini Dalam Pulau Pinang Menjelang 2010.


Dalam usaha untuk merealisasikan Visi yang telah ditetapkan, pihak sekolah juga telah menggariskan tujuh perkara utama yang harus difokuskan oleh semua warga sekolah untuk memastikan Visi sekolah tercapai. Semua warga sekolah harus sentiasa berpegang kepada misi yang sama ini untuk kejayaan sekolah. Berikut misi yang telah ditentukan mencapai satu matlamat yang sama. Sekolah akan berusaha gigih untuk :

  • Bagi mencapai hasrat kecemerlangan menyeluruh (total excellence) dalam semua aspek pengurusan sekolah meliputi bidang pengurusan dan pencapaian kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan fizikal sekolah.
  • Mendidik dan membimbing melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
  • Melahirkan insan yang berkualiti yang mempunyai ciri-ciri unggul seperti yang tersurat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
  • Memanfaatkan penggunaan ict serta perlaksanaan bestari, untuk keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
  • Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif bagi menjamin rasa selesa, ceria dan selamat.
  • Membangunkan suasana permuafakatan yang harmoni di kalangan warga sekolah dan menjalin hubungan yang akrab antara pelajar dengan ibu bapa, masyarakat sekitar dan stakeholders
  • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan profesionalisme staf melalui latihan dalaman dan luaran yang berterusan bagi memenuhi keperluan sekolah.

No comments: