SMKSG terbina di atas tanah seluas 9.18 hektar, di Mukim 2 Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh, Sekolah ini dikategorikan sebagai kawasan luar bandar, SMK Sama Gagah merupakan sekolah jenis harian biasa gred A dan hanya melibatkan sesi persekolahan pagi sahaja.
SMKSG merupakan salah sebuah sekolah harian biasa di negeri ini. Namun begitu terdapat Kelas Aliran Bahasa Arab (KAA) yang ditawarkan di sekolah ini. Kelas KAA hanya melibatkan tahap menengah rendah iaitu kelas Tingkatan Satu, Dua dan Tiga sahaja.
Pelajar-pelajar perintis sekolah ini yang terdiri daripada 208 orang terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh selama sebulan. Komposisi kaum pada ketika itu ialah 70.2 % Melayu, 26.4 % Cina dan 3.4 % India. Pelajar-pelajar tersebut datang dari sekolah-sekolah yang berhampiran seperti SK Permatang Tok Kandu, SK. Permatang Pauh dan SRJK(C) Lay Keow. Ketika itu sekolah ini dikendalikan oleh Tn Hj. Mohd Rodhi bin Musa sebagai Pemangku Pengetua (Penyelaras) bersama-sama dengan 12 orang guru serta seorang kerani.
Sekarang tenaga pengajar akademik berjumlah 41 orang guru, daripada jumlah itu 40 orang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 1 orang guru terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD). Di awal pembukaan sekolah ini, Tuan Haji Mohd Rodhi bin Musa telah dipertanggungjawabkan untuk memangku jawatan pengetua bagi melicinkan pentadbiran sekolah.
Secara rasminya, pada 09 Mac 1996, sekolah ini telah menerima pengetua yang pertama iaitu Tn. Hj Darus bin Omar. Beliau telah menjadi pengetua di sekolah ini selama 2 tahun sebelum persaraan wajib. Pengetua-pengetua lain yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah En Ismail bin Darus, Pn. Rohani binti Hj. Ishak, Tn. Hj. Othman bin Mohamad dan Pn. Sopiah binti Ebau. Sekarang SMK Sama Gagah dipimpin oleh En. Abdul Rasid bin Saad, yang memulakan tugasnya di sekolah ini pada 01 April 2007 sehinggalah sekarang.
No comments:
Post a Comment