Pendidikan telah diakui oleh semua orang sebagai unsur terpenting dalam pembangunan tamadun manusia. Perkembangan dalam pelbagai bidang yang berlaku di merata tempat di merata dunia sejak dari dahulu sehingga sekarang ini sebenarnya adalah dicetuskan oleh pendidikan. Dalam erti kata lain pendidikan digunakan sebagai alat untuk menimbulkan kesedaran politik, sosial dan ekonomi. Salah satu saluran untuk menyampaikan pendidikan kepada orang ramai adalah melalui institusi sekolah.
Sekolah juga adalah sebuah organisasi sosial iaitu satu kumpulan manusia yang menjalankan tugas secara berstruktur untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Ia merupakan struktur sosial yang khusus berupa rangkaian perhubungan yang terjalin antara guru, pelajar dan kakitangan yang lain. Ia juga mempunyai budaya iaitu pegangan, nilai, norma dan peranan yang tersendiri. Struktur dan budaya ini difahami oleh semua ahlinya.
No comments:
Post a Comment