Monday, August 4, 2008

Pencapaian Akademik

Pencapaian PMR

Berdasarkan keputusan PMR tahun 2006, menunjukkan pencapaian yang baik. Daripada 199 orang calon yang mendaftar, seramai 144 orang telah lulus (72.4 %) manakala 55 orang pelajar gagal (27.6 %). Berlaku penurunan dalam pencapaian jumlah pelajar yang mendapat 8A. Pada tahun 2005 jumlah pelajar yang mendapat 8A adalah seramai 5 orang, berbanding pada tahun 2006 hanya 3 orang pelajar berjaya mendapat 8A.

Walau bagaimanapun pelajar yang mendapat 7A pula meningkat dari 7 orang pada tahun 2005 kepada 9 orang tahun 2006. Di bawah ini disertakan analisis pencapaian SPM pada tahun lalu mengikut mata pelajaran.

Pencapaian SPM

Pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM pada tahun 2007 yang lalu di SMK Sama Gagah secara keseluruhannya peratus kelulusannya adalah 76.8%. Seramai 69 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Daripada jumlah ini 53 orang yang lulus (76.8%), manakala 16 orang pelajar lagi gagal. Berbanding pada tahun 2006, kelulusan sekolah ini adalah 77.5%. Berlaku penurunan sebanyak 0.7%. Pada tahun 2005 jumlah pelajar yang mendaftar adalah seramai 63 orang.

No comments: