Tuesday, August 5, 2008

Maklumat Terkini

Malaysia Ku Gemilang
Semperna bulan kemerdekaan ini,
SMK Sama Gagah akan melancarkan Bulan Kemerdekaan pada
11 Ogos 2008 (Isnin)
Tahun ini adalah genap 51 tahun Malaysia mencapai Kemerdekaan. Ayuh warga Malaysia untuk menghargai Kemerdekaan negara.

Monday, August 4, 2008

Pengenalan

Pendidikan telah diakui oleh semua orang sebagai unsur terpenting dalam pembangunan tamadun manusia. Perkembangan dalam pelbagai bidang yang berlaku di merata tempat di merata dunia sejak dari dahulu sehingga sekarang ini sebenarnya adalah dicetuskan oleh pendidikan. Dalam erti kata lain pendidikan digunakan sebagai alat untuk menimbulkan kesedaran politik, sosial dan ekonomi. Salah satu saluran untuk menyampaikan pendidikan kepada orang ramai adalah melalui institusi sekolah.

Sekolah juga adalah sebuah organisasi sosial iaitu satu kumpulan manusia yang menjalankan tugas secara berstruktur untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Ia merupakan struktur sosial yang khusus berupa rangkaian perhubungan yang terjalin antara guru, pelajar dan kakitangan yang lain. Ia juga mempunyai budaya iaitu pegangan, nilai, norma dan peranan yang tersendiri. Struktur dan budaya ini difahami oleh semua ahlinya.

Dua aspek penting pengurusan sekolah ialah perlaksanaan aktiviti kurikulum yang berkait rapat dengan penyediaan sukatan pelajaran, penyediaan buku teks dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta aspek penilaian. Keduanya ialah pelaksanaan kegiatan kokurikulum berupa penyediaan dan pelaksanaan program bukan akademik khususnya kegiatan sukan, permainan dan persatuan yang melibatkan guru dan para pelajar.

Latar Belakang SMKSG

Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah (SMKSG) dinamakan sempena lokasinya di kawasan Kampung Sama Gagah. Pekan Permatang Pauh ialah pekan yang terhampir dengan jaraknya kira-kira 1 kilometer. Sekolah ini mula dibuka pada 9 Januari 1995. Pembinaan sekolah ini bertujuan untuk menampung dan menyediakan prasarana pendidikan kepada penduduk setempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.


SMKSG terbina di atas tanah seluas 9.18 hektar, di Mukim 2 Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh, Sekolah ini dikategorikan sebagai kawasan luar bandar, SMK Sama Gagah merupakan sekolah jenis harian biasa gred A dan hanya melibatkan sesi persekolahan pagi sahaja.

SMKSG merupakan salah sebuah sekolah harian biasa di negeri ini. Namun begitu terdapat Kelas Aliran Bahasa Arab (KAA) yang ditawarkan di sekolah ini. Kelas KAA hanya melibatkan tahap menengah rendah iaitu kelas Tingkatan Satu, Dua dan Tiga sahaja.

Pelajar-pelajar perintis sekolah ini yang terdiri daripada 208 orang terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh selama sebulan. Komposisi kaum pada ketika itu ialah 70.2 % Melayu, 26.4 % Cina dan 3.4 % India. Pelajar-pelajar tersebut datang dari sekolah-sekolah yang berhampiran seperti SK Permatang Tok Kandu, SK. Permatang Pauh dan SRJK(C) Lay Keow. Ketika itu sekolah ini dikendalikan oleh Tn Hj. Mohd Rodhi bin Musa sebagai Pemangku Pengetua (Penyelaras) bersama-sama dengan 12 orang guru serta seorang kerani.

Sekarang tenaga pengajar akademik berjumlah 41 orang guru, daripada jumlah itu 40 orang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 1 orang guru terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD). Di awal pembukaan sekolah ini, Tuan Haji Mohd Rodhi bin Musa telah dipertanggungjawabkan untuk memangku jawatan pengetua bagi melicinkan pentadbiran sekolah.

Secara rasminya, pada 09 Mac 1996, sekolah ini telah menerima pengetua yang pertama iaitu Tn. Hj Darus bin Omar. Beliau telah menjadi pengetua di sekolah ini selama 2 tahun sebelum persaraan wajib. Pengetua-pengetua lain yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah En Ismail bin Darus, Pn. Rohani binti Hj. Ishak, Tn. Hj. Othman bin Mohamad dan Pn. Sopiah binti Ebau. Sekarang SMK Sama Gagah dipimpin oleh En. Abdul Rasid bin Saad, yang memulakan tugasnya di sekolah ini pada 01 April 2007 sehinggalah sekarang.

SMKSG merupakan sekolah yang telah berjaya membina budaya dan identitinya yang tersendiri. Walaupun hanya baru berusia lima tahun sejak mula ditubuhkan pada 12 Januari 2002, namun kejayaan yang dicapai dalam pelbagai aspek khususnya dalam bidang kokurikulum amat jelas sekali.

Lencana SMK Sama Gagah


Lencana SMK Sama Gagah berbentuk bulat, yang mengandungi logo dan simbol tertentu. Semua lambang yang terdapat di dalam lencana sekolah ini mengandungi maksud yang tersendiri. Di bawah ini di terangkan maksud yang diwakili melalui logo dan simbol tersebut.

GEGELANG

- Lambang kesukanan di kalangan pelajar untuk membentuk pelajar yang sihat fizikal


TAHUN
1994 menunjukkan tarikh penubuhan sekolah pada 1.12.1994



LAMBANG KERIS
-Melambangkan KEGAGAHAN yang bertepatan dengan nama sekolah

- Melambangkan warisan bangsa dan budaya bersemangat kental



BUKU

-Melambangkan budaya ilmu yang dituntut


MAKSUD WARNA

BIRU - Melambangkan kesepaduan di mana semua aliran iaitu Sains, Sains Tulen dan Teknikal disatukan di bawah satu bumbung


KUNING - Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara . Ia juga melambangkan disiplin ilmu


MERAH - Melambangkan semangat keberanian


Lagu Sekolah

SMK Sama Gagah

Kami Melangkah Megah

Keazaman, Kejayaan

Doa Kami Pohonkan

Kami Warga Semua

Mendukung Cita Mulia

Berilmu Berakhlak Beramal

Jadi Tunjang Utama

Kami Janji Kami Ikrar

Taat Setia Kami Kotakan

Tekad Kami Jadi Bukti

Jaya Visi Dan Misi

Maju Terus Gemilang

Sama Gagah Pasti Terbilang

Lirik & Lagu : En. Khairul Hazmy bin Hashim


Visi SMK Sama Gagah

Visi SMK Sama Gagah adalah untuk menjadi sebagai sebuah sekolah yang melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek iaitu sahsiah, kurikulum dan kokurikulum sepanjang masa. Perkataan “Cemerlang” menjadi matlamat utama seluruh warga sekolah pada saat ini. Sekolah Cemerlang yang di hasratkan ini akan di capai pada 2010, masih ada 2 tahun lagi menjelang 2010. Visi sekolah ini jelas dipamerkan di laluan utama kemasukan guru dan pelajar ke sekolah. Visi yang lengkap adalah seperti berikut :


SMK Sama Gagah Sedia Maju Ke Hadapan Sebagai Sekolah Yang Cemerlang Serta Di yakini Dalam Pulau Pinang Menjelang 2010.


Dalam usaha untuk merealisasikan Visi yang telah ditetapkan, pihak sekolah juga telah menggariskan tujuh perkara utama yang harus difokuskan oleh semua warga sekolah untuk memastikan Visi sekolah tercapai. Semua warga sekolah harus sentiasa berpegang kepada misi yang sama ini untuk kejayaan sekolah. Berikut misi yang telah ditentukan mencapai satu matlamat yang sama. Sekolah akan berusaha gigih untuk :

  • Bagi mencapai hasrat kecemerlangan menyeluruh (total excellence) dalam semua aspek pengurusan sekolah meliputi bidang pengurusan dan pencapaian kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan fizikal sekolah.
  • Mendidik dan membimbing melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
  • Melahirkan insan yang berkualiti yang mempunyai ciri-ciri unggul seperti yang tersurat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
  • Memanfaatkan penggunaan ict serta perlaksanaan bestari, untuk keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
  • Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif bagi menjamin rasa selesa, ceria dan selamat.
  • Membangunkan suasana permuafakatan yang harmoni di kalangan warga sekolah dan menjalin hubungan yang akrab antara pelajar dengan ibu bapa, masyarakat sekitar dan stakeholders
  • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan profesionalisme staf melalui latihan dalaman dan luaran yang berterusan bagi memenuhi keperluan sekolah.

Objektif SMK Sama Gagah

Objektif yang ditetapkan oleh pihak pengurusan SMK Sama Gagah adalah ingin berusaha untuk mencapai kejayaan dalam aspek yang diutamakan iaitu akademik, kokurikulum, keceriaan serta pembentukan sahsiah pelajar yang terpuji. Oleh itu usaha-usaha sedang digerakkan sejak dahulu sehingga sekarang oleh semua warga sekolah. Antara objektif yang diperjuangkan bersama-sama adalah seperti berikut :

  • Pencapaian akademik bagi SPM lebih 80% dan PMR lebih 85% mendapat 5A ke atas dan PMR 15% mendapat 7A dan 6A.
  • Semua mata pelajaran mencapai kelulusan 85% atau lebih dalam semua peperiksaan awam. Pencapaian dalam Matematik dan Sains sebanyak 75% pelajar mendapat A atau B bagi menempatkan 60%.
  • Kegiatan kokurikulum yang aktif dengan berusaha menjadi johan di peringkat negeri dalam setiap kegiatan yang disertai.
  • Mewujudkan satu alam persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baik dan ceria.
  • Melahirkan pelajar yang dapat menguasai bidang akademik dan perkembangan minda, bertanggungjawab, berdisiplin, berilmu dan
  • Menyertai dan meraih kemenangan dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum.